Pages

Monday, November 14, 2011

Polis serbu setinggan terbesar di Rio de Janeiro


PEMANDANGAN waktu malam kawasan setinggan Rocinha di Rio de Janeiro semalam.


RIO DE JANEIRO, Brazil - Unit-unit elit polis yang dibantu kenderaan tentera dan helikopter menyerbu lokasi setinggan terbesar di sini menjelang waktu subuh semalam.

Serbuan besar-besaran ke atas lokasi setinggan Rocinha di sini merupakan sebahagian kempen polis untuk menumpaskan sindiket-sindiket dadah yang menguasai kawasan berkenaan sejak beberapa dekad lalu.

Lokasi Rocinha mengandungi 1,000 penempatan setinggan yang dihuni oleh satu pertiga daripada enam juta penduduk bandar raya ini.

Pihak berkuasa Brazil sebelum ini berikrar akan terus melancarkan operasi membanteras jenayah untuk menjadikan bandar raya ini selamat sebelum ia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016.

"Rocinha ialah kawasan paling strategik untuk dikuasai polis di sini," kata seorang perunding keselamatan Brazil, Paulo Storani.

"Mengamankan Rocinha bermakna pihak berkuasa dapat menjamin keselamatan di kawasan persekitaran di mana Sukan Olimpik dan Piala Dunia akan berlangsung," katanya.

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila polis berjaya menangkap penyeludup dadah paling dikehendaki di sini, Antonio Bonfim Lopes.

Penjenayah itu dicekup ketika bersembunyi di dalam but sebuah kereta semasa dia cuba meninggalkan kawasan setinggan Rocinha. - APKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: