TUMBANG...Dhanabalan melihat keretanya yang dihempap pokok.
SUBANG JAYA: “Hujan petang ini (semalam) luar biasa kerana bukan saja disertai ribut petir dan angin kencang, malah turun berserta ketulan seperti air batu,” kata S Dhanabalan, 45.
Dalam kejadian jam 3 petang di Jalan USJ 9/4 itu, hujan lebat dengan angin kencang menyebabkan dua pokok tumbang dan menimpa rumah serta kereta Proton Wira milik Dhanabalan di hadapan rumah.
Menurutnya, sebaik melihat pokok menimpa rumah dan kereta, dia mendapatkan isteri dan anak sebelum keluar melalui pintu dapur untuk menyelamatkan diri.
“Saya menghubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan kejadian kepada bomba selain menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya memutuskan bekalan elektrik kerana pokok yang tumbang menimpa kabel elektrik,” katanya yang baru lapan bulan tinggal di rumah itu.
Menurutnya, jumlah kerugian yang dialami RM 15,000 termasuk kos kerosakan rumah dan kereta, tetapi bersyukur tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan menimpa keluarganya.
Dhanabalan berharap kejadian semalam tidak berulang kerana bimbang membabitkan kehilangan nyawa.
“Saya berharap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) segera memotong pokok yang melebihi tinggi tiang elektrik kerana kemungkinan besar pokok berkenaan tumbang jika angin kencang,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment