Pages

Monday, November 14, 2011

Istana disewa sempena Olimpik

Istana St James akan disewakan ketika sukan Olimpik di London.
Istana St James akan disewakan ketika sukan Olimpik di London.

LONDON: Sebuah istana diraja Britain akan disewakan kepada syarikat yang berminat dengan sewa sebanyak 30,000 pound (RM150,000) sehari ketika Sukan Olimpik, tahun depan.

Dalam satu keputusan yang memecah protokol diraja selama 500 tahun, Istana St James akan membuka pintunya untuk syarikat persendirian yang mahu menyewa apartmen mewah ketika Sukan London, nanti.

Ratu Britain sendiri telah memberi kebenarannya untuk membenarkan syarikat persendirian memilih Bilik Throne, Tapestry dan Queen Ann dalam istana itu untuk mengadakan pesta mewah.

Untuk mereka yang mahukan lebih kemewahan, mereka boleh menyewa sebuah istana di utara - Istana Leeds dengan harga 1 juta pound (RM5 juta) ketika sukan Olimpik.


Tetamu di Istana St James akan dapat menikmati lawatan di dalam istana itu sebagai sebahagian daripada sambutan eksklusif.


Mereka juga dapat berada dekat dengan beberapa acara sukan Olimpik, antaranya bola tampar pantai yang diadakan di Horse Guard Paarade dan maraton yang akan bermula dan berakhir di Dataran (Mall).

Acara renang pula akan diadakan di Hyde Park yang terletak berdekatan.

Sumber berkata, “Pihak istana cuba mengeksploitasikan warisan sejarah dan lokasi utama itu. Pegawai istana sudah mula menghubungi firma dan pertubuhan amal yang mungkin berminat untuk menggunakan istana itu.

“Mereka menyasarkan organisasi yang sudah mempunyai hubungan dengan keluarga diraja dan ia termasuk mereka yang mempunyai Waran Diraja,” katanya.

Semua tarikh sewa dikatakan telah penuh kerana menerima sambutan luar biasa daripada syarikat yang mahu mengadakan pesta yang hebat.

Istana St James, yang masih menjadi istana rasmi keluarga diraja, biasanya tidak dibuka kepada orang ramai.

Dibawah, rancangan sewa yang baru, firma boleh menjemput tetamu untuk acara yang diadakan di Bilik Tapestry, yang mempunyai pendiang jenis Tudor asli dan beberapa dewangga yang ditenun untuk Raja Charles II dan di bilik Throne yang mempunyai takhta raja yang memerintah.myMetro | Istana disewa sempena Olimpik:

'via Blog this'

No comments: