KAHERAH, Mesir - Liga Arab bertindak menggantung keanggotaan Syria dalam badan berkenaan susulan tindakan kejam pemerintah Syria dalam mematahkan kebangkitan rakyat negara itu sejak lapan bulan lalu.
Keputusan itu yang diumumkan kelmarin memberikan tamparan hebat kepada Syria yang selama ini disifatkan sebagai kubu nasionalisme terakhir dunia Arab.
Namun, ia dilihat tidak berupaya untuk segera menamatkan keganasan di Syria yang meragut nyawa lebih 3,500 orang sejak rakyat negara berkenaan bangkit untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada pertengahan Mac lalu.
"Syria adalah sebuah negara yang kami sayangi dan kami membuat keputusan ini dengan hati yang berat," kata Menteri Luar Qatar, Hamad bin Jassim.
"Kami berharap Syria akan mengambil tindakan berani untuk menamatkan keganasan dan memulakan dialog ke arah reformasi dalam negara," tambahnya.
Sementara itu, di ibu kota Syria, Damsyik kumpulan penunjuk perasaan pro-pemerintah melontar telur dan tomato kearah Kedutaan Qatar kerana membantah keputusan tersebut.
Semua 22 anggota Liga Arab akan memantau situasi di Syria sebelum menimbang semula keputusan tersebut pada pertemuan di Rabat, Maghribi, lusa. - APKosmo! Online - Dunia:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment