LONDON - Aktres Sienna Miller memberitahu satu inkues etika media di Mahkamah Keadilan Diraja di sini kelmarin bahawa dia diserang gangguan mental dan dihantui ketakutan selepas bertahun-tahun menjadi sasaran akhbar tabloid.
Aktres berusia 29 tahun itu berkata, kumpulan paparazi sering menghendap di luar rumahnya dan perbualan telefon bimbitnya turut dicuri dengar.
Miller berkata, intipan media di samping pelbagai cerita buruk tentang dirinya dalam akhbar tabloid menyebabkan dia menuduh rakan dan anggota keluarganya mendedahkan maklumat dirinya kepada media.
Namun, kata Miller, apa yang terjadi ialah mel suara telefon bimbitnya telah digodam oleh akhbar tabloid News of the World milik bilionair Rupert Murdoch.
Miller memberitahu, dia ibarat 'makanan ruji' akhbar tabloid semasa bercinta dengan aktor Britain, Jude Law.
"Kerana itu, saya tak henti dikejar oleh sepuluh hingga 15 lelaki (jurugambar) hampir setiap hari," kata Miller. "Saya juga diludah dan dicerca," tambahnya.
Miller yang membintangi filem Layer Cake dan Alfie merupakan antara beberapa selebriti pertama yang memberi keterangan tentang perbuatan mengintip perbualan telefon yang didakwa dilakukan oleh akhbar News of the World.
Pada Mei lalu, akhbar tabloid itu bersetuju membayar AS$160,000 (RM510,478) kepada Miller sebagai ganti rugi berhubung dakwaan telefonnya telah digodam. - Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment