Pages

Wednesday, October 26, 2011

Pertukaran banduan Mesir dan Israel pula dipersetujui

BAITULMAQDIS 25 Okt. - Israel mencapai perjanjian dengan Mesir untuk menyerahkan 25 rakyat Mesir yang dipenjarakan oleh Tel Aviv sebagai pertukaran dengan seorang warga Israel-Amerika Syarikat (AS) yang ditahan oleh Kaherah atas tuduhan mengintip.

Pertukaran tahanan tersebut dilihat sebagai langkah yang boleh meredakan ketegangan antara dua negara jiran itu.

Perjanjian tajaan AS itu dicapai tidak lam a selepas Israel dan pergerakan Hamas menerusi perantaraan Mesir melaksanakan pertukaran tahanan yang menyaksikan askar Yahudi, Gilad Shalit dibebaskan sebagai pertukaran dengan lebih 1,000 tahanan Palestin.

Menurut satu kenyataan pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Kabinet keselamatan Israel dijadual bersidang hari ini untuk membincangkan perjanjian bagi membebaskan 25 rakyat Mesir, termasuk tiga tahanan bawah umur yang tidak didakwa dengan kesalahan berkaitan keselamatan, sebagai pertukaran untuk Ilan Grapel, 27.

Pertukaran itu dijangka dilaksanakan pada Khamis ini sebaik sahaja mendapat kelulusan Kabinet, kata pegawai Israel di Baitulmaqdis dan sumber perisikan Mesir di Kaherah.

"Dalam kerangka usaha Israel dan Mesir dengan bantuan AS, Mesir bersetuju untuk membebaskan Ilan Grapel, manakala Israel bersetuju untuk membebaskan 25 tahanan Mesir atas permintaan Kaherah," menurut kenyataan pejabat Netanyahu. - Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: