Pages

Wednesday, October 26, 2011

AS dakwa rakyat Singapura bekal Iran komponen bom

WASHINGTON: Amerika Syarikat mendakwa empat rakyat Singapura dan seorang rakyat Iran atas pertuduhan mengeksport secara haram peralatan radio ke Iran yang digunakan membuat bom tepi jalan bagi menyerang tentera bersekutu di Iraq.

Menurut Jabatan Kehakiman, AS juga memohon ekstradisi rakyat Singapura terbabit yang ditahan semalam di republik itu.
Bagaimanapun, rakyat Iran berkenaan masih bebas dan berada di negaranya.
Tiga syarikat berpangkalan di Singapura dan sebuah syarikat Iran turut didakwa dalam pertuduhan itu.

Pertuduhan itu mendakwa rakyat Iran, Hossein Larijani, mendalangi eksport secara haram 6,000 modul frekuensi radio dari syarikat yang berpangkalan di Minnesota ke Iran.

Modul dengan keupayaan menghasilkan kod rahsia itu boleh menghantar data sejauh 65 kilometer.

Sekurang-kurangnya 16 modul itu ditemui digunakan dalam sistem untuk meletupkan bom tepi jalan yang menyebabkan 60 peratus daripada kemalangan jiwa di kalangan tentera AS di Iraq antara 2001 dan 2007.
“Semalam, pihak berkuasa di Singapura menahan Wong Yuh Lan, Lim Yong Nam, Lim Kow Seng dan Hia Soo Gan Benson, semua mereka rakyat Singapura, berhubung permohonan AS untuk ekstradisi," menurut Jabatan Kehakiman. - AFP Berita Harian Online | AS dakwa rakyat Singapura bekal Iran komponen bom:

'via Blog this'

No comments: