Pages

Wednesday, October 26, 2011

Siasat pembunuhan pengikut Gaddafi



MAYAT pengikut Gaddafi kelihatan diikat tangan dan dipercayai dihukum bunuh oleh tentera pemberontak di Sirte, Libya pada 22 Oktober lalu. - AFP


SIRTE 25 Okt. - Human Rights Watch (HRW) semalam menggesa kerajaan sementara Libya menyiasat satu insiden yang disyaki pembunuhan beramai-ramai terhadap 53 pengikut Muammar Gaddafi di bandar ini, minggu lalu.

Kumpulan hak asasi manusia yang beribu pejabat di New York itu turut menuntut pihak berkuasa Libya menghentikan keganasan atau jenayah oleh anggota tentera yang membantu menyingkirkan bekas pemimpin Libya itu.

Menurut HRW, mereka menemui 53 mayat yang dikumpulkan di satu kawasan yang dipenuhi dengan kelongsong peluru minggu lalu di sebuah hotel terbiar di bandar Sirte, bandar yang sebelum ini dikuasai oleh Gaddafi.

Pegawai HRW yang melihat mayat-mayat itu kelmarin berkata, beberapa mangsa turut diikat tangannya ketika ditembak dan penduduk tempatan mengesahkan mereka adalah pengikut Gaddafi.

HRW menggesa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya, melakukan siasatan 'segera dan telus' berhubung pembunuhan itu.

"Insiden ini memerlukan perhatian segera daripada NTC supaya melakukan siasatan dan menahan mereka yang bertanggungjawab," kata Pengarah Kecemasan HRW, Peter Bouckaert dalam satu kenyataan.

NTC bagaimana pun masih berdiam diri dan enggan membuat kenyataan.

Menurut HRW, berdasarkan keadaan mayat itu, mangsa mungkin dibunuh di Hotel Mahari antara 14 hingga 19 Oktober lalu.

Penduduk tempatan memberitahu HRW, mereka menemui mayat itu ketika kembali ke bandar ini pada 21 Oktober lalu, sehari selepas Gaddafi ditahan dan dibunuh. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: