Keadaan itu mencetuskan misteri di sebalik kematian bekas pemimpin Libya itu serta mencemarkan kejayaan pemberontak.
Di Geneva, Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak supaya diadakan siasatan mengenai cara Gaddafi dibunuh dengan berkata, dua video yang dirakam serentak ketika kejadian itu sebagai ‘amat menyedihkan.’
“Mengenai kematian Gaddafi semalam (kelmarin), keadaannya masih tidak jelas. Terdapat empat atau lima versi mengenai bagaimana beliau mati. Siasatan perlu dilakukan mengenai apa yang kita saksikan menerusi video,” kata jurucakap Rupert Colville, Navi Pillay.
Beberapa video yang disiarkkan secara langsung menunjukkan penangkapannya pada Khamis dan tidak dapat dinafikan beliau masih hidup ketika itu.
Rakaman itu menunjukkan bekas diktator itu, dengan separuh mukanya berlumuran darah, ditarik keluar dari kenderaannya oleh orang ramai. - Reuters
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment