Pages

Saturday, October 22, 2011

Abai rawatan anak, ibu kecewa hospital utamakan bayaran


ROSNANI Rosdi bersama anaknya, Muhammad Aidil Fiqri semasa ditemu bual wartawan di Melaka, semalam.


MELAKA 21 Okt. - Seorang ibu meluahkan rasa kecewa terhadap layanan sebuah hospital swasta di sini yang lebih mementingkan bayaran tanpa mempedulikan kesakitan yang dialami bayinya ketika cuba mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Rosnani Rosdi, 37, yang menggunakan perkhidmatan di hospital itu sejak 12 tahun lalu berkata, dia membawa bayi lelakinya, Muhammad Aidil Fiqri, 10 bulan untuk mendapatkan rawatan pada 13 Oktober lalu.

Dakwanya, anak kelimanya itu yang juga dilahirkan di hospital sama pada 12 Disember 2010 perlu menjalani x-ray kerana mengalami bengkak kepala akibat terjatuh dari tangga rumahnya beberapa hari sebelumnya.

"Ketika mendaftar di kaunter, kakitangan tersebut memaklumkan saya masih ada bayaran tunggakan sebanyak RM2,800 ketika melahirkan Muhammad Aidil yang belum dijelaskan.

"Saya mengakuinya dan jumlah itu adalah sebahagian daripada RM6,200 yang merupakan kos keseluruhan pembedahan bersalin. Sebelum ini telah pun dibayar RM3,000," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada masa sama katanya, kakitangan hospital itu langsung tidak bertanya tentang tujuannya datang ke situ walaupun melihat kepala anaknya itu yang bengkak, sebaliknya terus mengarahkannya ke pejabat pentadbiran.

Menurutnya, setibanya di pejabat, seorang kakitangan wanita memberitahu dia perlu menjelaskan semua baki hutang tersebut sebelum membenarkan rawatan x-ray dilakukan ke atas anak lelakinya itu.

Rosnani memberitahu dia sedang menunggu potongan harga daripada pihak hospital kerana cuai ketika melakukan pembedahan ketika melahirkan Muhammad Aidil.

"Akibat kecuaian doktor, pipi kanan Muhammad Aidil calar selain buah pinggang saya turut luka menyebabkan saya terpaksa membawa beg air kencing selama empat minggu.

"Disebabkan itu, saya minta pihak hospital memberikan potongan harga, tetapi mereka cuma beri potongan RM400 sahaja dan minta saya bayar lagi RM2,800," katanya.

Menurutnya, potongan harga sebanyak RM400 adalah tidak berbaloi dengan kesakitan dialami mereka dua beranak.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

No comments: