Pages

Saturday, October 15, 2011

Guru tertekan cuba bakar diri di tengah padang

myMetro | Guru tertekan cuba bakar diri di tengah padang: "BEZIERS (Perancis): Seorang guru matematik yang tertekan membakar dirinya di tengah padang sekolah semalam, tetapi dia dijangka selamat selepas guru dan pelajar segera menyelamatkannya.

Guru wanita berusia 44 tahun itu mencurah petrol ke badannya ketika sesi persekolahan berehat pagi semalam.


Dia kemudian menyalakan api untuk membakar dirinya.

Saksi berkata, kejadian di Sekolah Menengah Jean Moulin di Beziers, selatan Perancis itu berlaku sehari selepas pelajar kelas guru terbabit mengkritik kaedah pembelajarannya yang terlalu tegas.


Pegawai pendakwa berkata, tiada tuduhan jenayah akan dikenakan ke atas guru terbabit kerana dia jelas menghadapi tekanan.


Guru itu mengalami kesan kebakaran tahap ketiga dan dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.


Ibu bapa pula berkata, guru terbabit menghadapi masalah dengan beberapa pelajarnya dan mengadakan pertemuan dengan mereka untuk meleraikan kekusutan. Menurut mereka, guru terbabit datang ke sekolah pagi semalam membawa satu bekas.


Dia kemudian mula mengajar pada jam 9 pagi sebelum berhenti rehat tidak lama kemudian."

'via Blog this'

No comments: