TEHERAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam menuduh barat cuba menanam Iranophobia (sifat benci terhadap Iran) tetapi gagal.
“Cara yang tidak berkesan dan bodoh yang dilakukan oleh Barat untuk menyebarkan Iranophobia, sekali lagi tidak akan berhasil,” kata Ali ketika berucap di sebuah pangkalan tentera di Kermanshah, barat Iran, lapor agensi berita Irna.
“Mereka sekali lagi akan kecewa.” Ali dipercayai merujuk kepada dakwaan Amerika Syarikat mengenai rancangan tajaan Teheran untuk membunuh duta Arab Saudi ke Washington.
Dalam ucapannya, Ali berkata, Amerika Syarikat terperangkap dalam rancangan jahatnya sendiri.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara langsung mengendai tuduhan Washington itu.
Ali berkata demikian sejurus sebelum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menuntut pemimpin tertinggi dalam kerajaan Iran bertanggungjawab terhadap rancangan itu.
Dalam kenyataan berasingan, pemerintah Pengawal Revolusi, pasukan tentera Iran, yang unit khas Pasukan Qudsnya turut didakwa terbabit dalam rancangan berkenaan, berkata kemarahan Barat terhadap Republik Islam itu berpunca daripada hasil pencapaian negaranya.
“Hari ini, Iran berdepan dengan musuh dari dalam dan luar negara. “Tetapi kemarahan ini adalah perkara biasa, kerana pencapaian revolusi Islam dalam pelbagai bidang,” kata Mejar Jeneral Mohammad Ali Jafari di Khoramabad. - Reuters
No comments:
Post a Comment