2011/09/11
PARIS: Pesuruhjaya Bomba New York pada 11 September 2001 masih trauma dan dihantui serangan yang membunuh beratus-ratus anggota bomba serta menganggap kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden sekalipun tidak dapat mengubat luka lama. Saya dalam perjalanan ke pejabat dan menerima panggilan mengenai pesawat kecil merempuh Menara Utara. Saya agak dekat dengan tempat itu dan cepat sampai.
Von Essen kemudian meninggalkan kawasan Ground Zero untuk membantu operasi merawat mangsa yang cedera dan memindahkan pekerja dari situ manakala beratus-ratus anggota bomba menaiki tangga di dua menara Pusat Dagangan Dunia (WTC), setiap satu 110 tingkat, melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Seramai 343 anggota bomba menemui ajal selepas dua menara itu roboh.
Pengebumian menyusul dengan Von Essen sendiri memberi ucapan penghormatan terakhir sebanyak 60 kali.
Hari itu memang teruk dan semakin menyeksakan beberapa bulan seterusnya kerana kami perlu hadapi kesan serangan, bagaimana seorang ibu menangani kematian suami atau anak lelakinya atau dalam satu kes, seorang lelaki yang kehilangan dua anak lelakinya.
Ia berlarutan dan menguruskan apa yang berlaku kemudian adalah perkara paling sukar buat saya, kata Von Essen yang bersara 31 tahun selepas bertugas di Jabatan Bomba New York.
Beliau kemudian menubuhkan satu syarikat perunding dengan Datuk Bandar New York ketika itu, Rudy Giuliani.
Saya boleh terus bertugas sebagai pesuruhjaya bomba tetapi saya perlu berhenti. Saya sudah kehabisan tenaga dan mahu meneruskan kehidupan baru, katanya lagi. AFP
No comments:
Post a Comment