Pages

Monday, September 19, 2011

Mati 'berdiri' tersepit lori



Oleh Rashidi Karim 
bhnews@bharian.com.my
2011/09/19

SEORANG penduduk menunjukkan bagaimana Azizan  mati dalam keadaan berdiri selepas tersepit di tepi lori di Surau Kampung Perawah, Mata Ayer, Kangar, semalam.
SEORANG penduduk menunjukkan bagaimana Azizan mati dalam keadaan berdiri selepas tersepit di tepi lori di Surau Kampung Perawah, Mata Ayer, Kangar, semalam.
Kenderaan diperiksa mangsa tiba-tiba bergerak sendiri 

KANGAR: Seorang bapa kepada lapan anak ditemui mati dalam keadaan tersepit di antara dinding sebuah surau dan lori di Kampung Perawah, Jalan Datuk Kayaman, Mata Ayer, di sini, semalam.
Azizan Ramli, 44, yang juga pemandu lori berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, sebelum kejadian itu disedari penduduk kampung pada jam 8.15 pagi. Kejadian itu dipercayai berlaku dua jam sebelum mayatnya dijumpai.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata mangsa ditemui jiran dalam keadaan menegak akibat tersepit di antara bahagian depan lori dan dinding Surau Kampung Perawah. 

Katanya, berdasarkan maklumat mangsa dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Perawah jam 6.30 pagi untuk memeriksa lori tanah yang diletakkan di depan surau terbabit. 

Beliau berkata, dipercayai ketika memeriksa bahagian depan lori, secara tiba-tiba kenderaan terbabit bergerak ke depan. Mangsa cuba membuka pintu lori untuk menarik brek tangan tetapi gagal, menyebabkan dia tersepit di antara bahagian depan kenderaan dan dinding surau terbabit. 

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan dilaporkan mengalami kecederaan dalaman akibat tersepit,” katanya. 
Che Man berkata, pihaknya menolak sebarang perbuatan khianat dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. 

Sementara itu, isteri mangsa, Iziatun Mayuzia Che Saad berkata, kebiasaannya pada awal pagi suaminya memeriksa lorinya sebelum memulakan tugas membawa tanah. 

“Saya dimaklumkan penduduk dan melihat arwah meninggal dunia dalam keadaan berdiri di celah lori dipandunya,” katanya. 

No comments: