Pages

Thursday, September 1, 2011

Gaddafi disyaki masih berada di Libya, diancam akan dibunuh pemberontak

TRIPOLI: Encik Muammar Gaddafi berkemungkinan masih berada di Libya dan pemberontak boleh membunuh pemimpin yang digulingkan itu jika beliau tidak menyerah diri, demikian menurut pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
'Saya mempunyai maklumat bahawa keungkinan besar Gaddafi masih berada di Libya,' kata ketua perhubungan tentera, Encik Omar Hariri.Encik Hariri memberitahu pemberita bahawa Encik Gaddafi kini tidak berdaya melakukan sebarang ancaman.


Kumpulan pemberontak mengesyaki Encik Gaddafi sama ada bersembunyi di Bani Walid dekat tenggara Tripoli atau di pinggir ibu negara tersebut.Misi utama kumpulan pemberontak pada masa ini adalah menangkap Encik Gaddafi sedang rundingan masih diteruskan dengan kumpulan penyokong setia Encik Gaddafi di kampung halaman pemimpin itu iaitu di Sirte.'Kami mempunyai hak membunuh Gaddafi. Dia menyeksa kami. 
\
Dia merupakan penjenayah dan di seluruh dunia jika penjenayah tidak menyerah diri, anggota penguatkuasa mempunyai hak membunuhnya,' kata seorang lagi pemimpin kanan kumpulan pemberontak, Encik Ahmed Darrad.Di Washington, pentadbiran Presiden Barack Obama menyatakan pihaknya tidak mempunyai maklumat menunjukkan Encik Gaddafi berada di luar Libya.Konflik di Libya telah meragut 50,000 nyawa dan bilangan penduduk yang hilang dan cedera berkemungkinan dua kali ganda daripada jumlah tersebut, kata Encik Darrad.Awal dari itu, isteri Encik Gaddafi dan tiga orang anaknya dilaporkan telah melarikan diri ke Algeria.


Kementerian Luar Algeria dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa isteri Encik Gaddafi, Cik Safia, bersama dua anak lelakinya, Encik Hannibal dan Encik Mohamed serta anak perempuannya, Cik Aisha, telah memasuki negara itu pada Isnin lalu.Cik Aisha dilaporkan telah melahirkan seorang anak perempuan semasa di Algeria kelmarin.Sebelum ini, kumpulan pemberontak pernah menuduh Algeria menyediakan askar upahan kepada Gaddafi sejak pemberontakan bermula enam bulan lalu. -- Agensi.cyberita

No comments: