GAMBAR agensi berita Syria, SANA menunjukkan pasukan tentera negara itu meninggalkan bandar Deir Zor. Gambar kecil, Bashar al-Assad. |
Tindakan Presiden sebagai reaksi desakan Setiausaha Agung PBB
NEW YORK: Presiden Syria, Bashar al-Assad, memberitahu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, kelmarin operasi ketenteraan terhadap penunjuk perasaan di negaranya, sudah dihentikan.
Ban menegaskan, semua tindakan ketenteraan dan penangkapan mesti dihentikan segera. Presiden Assad berkata operasi tentera dan polis sudah dihentikan. Tiada kenyataan daripada PBB atau kumpulan hak asasi berhubung dakwaan Assad.
Aktivis hak asasi menyatakan kira-kira 2,000 orang maut berikutan tindakan keras kerajaan sejak bantahan bermula pertengahan Mac lalu.
Assad menjanjikan pembaharuan tetapi kerajaan Barat berkata cuma sedikit yang dilakukan.
“Ban mengulangi desakan supaya siasatan bebas diadakan mengenai semua pembunuhan yang dilaporkan dan tindakan ganas, serta kebenaran masuk kepada media,” katanya.
Ban menggesa Syria memberikan kerjasama penuh kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia yang cuba melancarkan siasatan mengenai tindakan Assad.
Beliau turut meminta Assad melancarkan proses pembaharuan yang aman dan dipercayai.
PBB berkata Assad menghitung pembaharuan yang akan dilakukan dalam masa beberapa bulan akan datang termasuk rombakan Perlembagaan dan pilihan raya.
Kata Haq, Ban menegaskan semua itu perlu dijalankan tanpa sebarang campur tangan tentera.
Pemimpin PBB itu juga mengalu-alukan persetujuan Syria menerima misi kemanusiaan PBB. Katanya, misi itu mesti diberi kemasukan tanpa had ke semua kawasan yang terjejas akibat keganasan. – AFP , bharian
No comments:
Post a Comment