Pages

Saturday, August 20, 2011

Sang Kanibal mencari jodoh




SUMANTO (bersongkok) yang dikenali sebagai ‘Sang Kanibal’ kerana pernah memakan daging manusia, kini memendam hasrat untuk berkahwin.


PURBALINGA, Jawa Tengah – Masihkah anda ingat dengan kisah gempar Sumanto, yang mengaku makan daging manusia dan digelar sebagai ‘Sang Kanibal’?
Sempena Ramadan kali ini, Sumanto rajin menjalankan ibadah puasa sambil berdoa kepada Tuhan supaya ditemukan jodoh.
“Saya sudah lama ingin beristeri,” katanya ketika ditemui di Hospital Sakit Jiwa milik Supono Mustajab di Kampung Bungkanel, wilayah Karanganyar, Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia.
Sumanto telah tinggal di hospital tersebut selama tujuh tahun dan sepanjang berada di sana dia sering diajak oleh Supono untuk belajar di pelbagai kawasan, sekali gus memberi pendapatan kepadanya untuk membeli barangan keperluan hidupnya.
Malah, pada bulan puasa ini, Sumanto turut menjalani ibadah puasa bersama-sama penghuni lain dan dia juga rajin membaca kitab suci al-Quran serta bersolat tarawih, walaupun kadang-kala tidak melakukan amalan tersebut.
Supono berkata, Sumanto diajar pelbagai pengetahuan mengenai Islam sejak dia menjalani proses pemulihan di hospital itu.
Katanya, Sang Kanibal itu kini sudah boleh membaca al-Quran, walaupun masih belum lancar.
Namun, jelasnya, sejak akhir-akhir ini, Sumanto ada mengadu kepadanya mengenai dirinya yang masih belum bertemu dengan perempuan idamannya untuk dijadikan isteri.
“Jika ada yang berkenan dengan Sumanto, saya akan menanggung kos perkahwinan mereka,” katanya.
Pada 2003, Sumanto ditahan oleh polis setelah mengaku dia makan daging tiga mayat sejak 1996 selepas jiran-jirannya mengadu bahawa mereka tercium bau yang meloyakan dari rumahnya yang terletak di daerah Purbalingga.
Menurut Sumanto, dia mula makan daging mayat sewaktu tinggal di wilayah Lampung di Sumatera Selatan pada 1996, apabila seorang lelaki bernama Taslim memberitahunya bahawa dia mampu memperoleh kuasa sakti sekiranya makan sekurang-kurangnya tujuh mayat. – AGENSI, utusan

No comments: