Pages

Saturday, August 20, 2011

Gempa kuat 6.8 magnitud landa timur laut Jepun

TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud 6.8 melanda pantai timur laut Jepun hari ini dengan amaran tsunami dikeluarkan sebelum ditarik balik setengah jam kemudian.

Setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan dan kecederaan dalam kejadian jam 2.35 petang waktu tempatan itu.
Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa berpusat kira-kira 300 kilometer di timur laut Tokyo itu dengan kedalaman 20 kilometer, sedikit ke selatan di mana gempa 9.0 magnitud melanda 11 Mac lalu.
Agensi itu mengeluarkan amaran tsunami dengan meramalkan gelombang 50 sentimeter melanda sepanjang pantai Miyagi dan Wilayah Fukushima, di mana loji nuklear lumpuh akibat tsunami dan gempa bumi kuat, Mac lalu.

Amaran tsunami itu kemudian ditarik balik 30 minit kemudian. - AP , bharian

No comments: