Pages

Wednesday, August 31, 2011

Khamis terbunuh

TRIPOLI: Anak Muammar Gaddafi, Khamis (gambar), yang kematiannya berulang kali diumumkan sepanjang sengketa bersenjata di Libya, terbunuh di selatan Tripoli kelmarin dan dikebumikan tidak lama kemudian.
“Seorang pemimpin pemberontak mengesahkan kepada saya bahawa Khamis mati berhampiran Tarhuna, kira-kira 80 kilometer ke selatan Tripoli,” kata Menteri Kehakiman pemberontak, Mohammed al-Allagy.

“Dia mungkin mati dalam pertempuran. Pemimpin pemberontak itu berkata, dia sudah dikebumikan,” kata Mohammed.

Jurucakap kerajaan pemberontak, Mahmud Shammam menyokong laporan itu dengan memberitahu sidang akhbar bahawa Khamis mati di kawasan antara Tarhuna and Zliten.

“Khamis terbunuh, kata seorang pemimpn revolusi di daerah itu.

“Saya tidak melihat gambar mayatnya, tetapi pemimpin itu memberitahu saya dan saya mempercayainya,” kata Mahmud.


Ahad lalu, pemberontak mendakwa Khamis mati sehari sebelum itu ekoran satu pertempuran. - AFP, kosmo

No comments: