Pages

Wednesday, August 31, 2011

Sambut lebaran bersama isteri ke-4



KUALA LUMPUR: “Raya tahun ini banyak kelainan berbanding sebelumnya kerana saya kini ada tanggungjawab besar menguruskan empat isteri dan 11 anak,” kata pelakon komedi dan penyampai radio terkenal, Salih Yaacob, 50.
Bagaimanapun, kata penyampai radio Sinar FM itu berkata, dia tidak berpeluang berhari raya serentak bersama keempat-empatnya kerana daripada mereka meraikan Syawal dengan keluarga masing-masing.

Salih berkata, isteri pertamanya Norlizah Mamat, 46, berhari raya sama sanak saudaranya di Desa Pandan, isteri kedua, Norraha Hamat, 42, di kampungnya di Bagan Serai, Perak manakala yang ketiga Norfara Wahida Sulaiman, 32 menyambut Aidilfitri di Alor Setar, Kedah.

Hanya isteri muda, Samihah Sheikh Amy, 25, yang berhari raya bersama keluarga Salih di Sungai Besar, Selangor dan ini kali pertama buat Samihah beraya bersama keluarga mentuanya.

“Saya bersyukur kerana dapat menyediakan kelengkapan pakaian raya untuk semua anak dan isteri selain memperuntukkan sejumlah wang untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Selain tanggungjawab pada manusia, tanggungjawab pada Allah yang utama iaitu kita menyempurnakan keadilan pada-Nya. Sesungguhnya Aidilfitri membawa saya kembali kepada fitrah iaitu manusia memerlukan Al-Quran sebagai panduan hidup,” katanya.

No comments: