Pages

Wednesday, August 31, 2011

Pro-Gaddafi diseru serah diri Sabtu ini

KAHERAH 30 Ogos - Saki-baki kawasan yang masih setia dengan Muammar Gaddafi diberi tempoh sehingga Sabtu ini untuk menyerah diri, kata ketua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya, Mustafa Abdel Jalil hari ini.
“Kita tidak boleh menunggu lebih lama lagi,” katanya kepada pemberita di Benghazi, kota kedua terbesar Libya.
“Kita boleh menyelesaikan keadaan secara ketenteraan tetapi kami tidak berhasrat melakukannya,” kata beliau.
Mustafa berharap tentera pemberontak dapat memasuki Sirte dan wilayah selatan secara aman ‘bagi mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah dan kemusnahan’. - dpa,utusan

No comments: