Pages

Monday, August 22, 2011

Israel tahan 120 anggota Hamas

HEBRON 21 Ogos - Tentera Israel hari ini menangkap 120 anggota kumpulan Hamas di Tebing Barat, beberapa jam selepas pejuang pergerakan itu di Genting Gaza melancarkan sekurang-kurangnya 17 roket ke selatan Israel.
Rejim Zionis itu juga melancarkan beberapa serangan udara di Gaza sejak Khamis lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang termasuk lima orang awam terbunuh dan lebih 40 lagi cedera, menurut pegawai perubatan.
Sumber keselamatan Palestin berkata, askar Yahudi dikerahkan ke Tebing Barat mulai malam tadi dalam operasi yang dilancarkan hanya beberapa jam selepas sayap bersenjata Hamas di Gaza melancarkan roket ke selatan Israel, sekali gus melanggar gencatan senjata yang dipersetujui pada April lalu.
Antara mereka yang ditangkap awal hari ini ialah ahli Parlimen Hamas, Mohammed Motlaq Abu J'heisha.
Ketegangan makin meningkat di sempadan Israel-Gaza apabila tentera udara Israel melancarkan serangan udara bertubi-tubi ke atas pejuang Palestin yang membalas dengan tembakan roket. - AFP

No comments: