Pages

Monday, August 22, 2011

Kereta kebal Gaddafi muncul di Tripoli

TRIPOLI: Kereta kebal kerajaan Libya membedil sebahagian pusat bandar Tripoli selepas pemberontak memasuki ibu negara itu dan orang ramai keluar merayakan apa yang mereka lihat berakhirnya pemerintahan Muammar Gaddafi selama empat dekad.

Menurut jurucakap pemberontak, kereta kebal terbabit muncul dari kubu kuat Gaddafi di tengah ibu negara Libya itu dan melepaskan beberapa bedilan.
Tembakan rambang juga kedengaran ketika pemimpin dunia cuba menilai berapa lama pasukan tentera Gaddafi mampu bertahan dan bagaimana pemberontak akan mentadbir negara yang kaya dengan minyak itu.
Jurucakap pemberontak di Tripoli, Nouri Echtiwi, berkata:

"Ketenangan selama empat jam menyusul perayaan di jalanan. Kemudian kereta kebal dan pikap dengan mesingan berat keluar dari Bab al-Aziziya, kubu terkahir Gaddafi, dan mula melepaskan tembakan rambang di Lebuh Assarin dan kawasan al-Khalifa area. - Reuters , bharian

No comments: