Pages

Monday, July 25, 2011

Tahan sakit 7 jam disengat tebuan


MUHAMMAD ADLI   menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar  kelmarin.
MUHAMMAD ADLI menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar kelmarin.


KUALA KANGSAR: Dua pelajar Tingkatan Dua Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh terpaksa menanggung kesakitan hampir tujuh jam sebelum diselamatkan bomba dan penyelamat akibat cedera disengat tebuan ketika mendaki Gunung Bubu, Ulu Kenas, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Muhammad Adli Aiman Razali dan Mohd Harith Zainudin, masing-masing berusia 14 tahun, cedera terutama di muka dan seluruh badan akibat disengat tebuan tanah sebelum dibawa turun anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, malam kelmarin.
Kedua-dua mereka yang kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar (HKK) dilaporkan stabil dan dijangka keluar hospital hari ini. Mereka antara 26 pelajar dan tiga guru pengiring STAR yang menyertai ekspedisi berkenaan.
Menceritakan detik cemas itu, Muhammad Adli, berkata dia bersama pelajar lain termasuk guru pengiring mula mendaki gunung berkenaan kira-kira jam 9 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang apabila secara tiba-tiba diserang tebuan tanah.

“Sebaik diserang, saya dan Mohd Harith lari bertempiaran serta sempat menjerit kepada rakan lain termasuk guru supaya menyelamatkan diri.

“Keadaan menjadi kelam-kabut apabila masing-masing lari menyelamatkan diri.
“Bagaimanapun, keadaan kembali tenang setengah jam kemudian sebelum saya diberi rawatan awal oleh guru,” katanya ketika ditemui di HKK di sini, semalam.
Muhammad Adli berkata, tebuan tanah itu menyerangnya selepas dia dan Mohd Harith terpijak sarang serangga berbisa itu ketika mendaki. Berita Harian Online | Tahan sakit 7 jam disengat tebuan

No comments: