WICKFORD - Seorang penggodam yang didakwa menggodam sistem komputer Agensi Jenayah Terancang Serius Britain (Soca) pulang ke rumahnya semalam selepas ibunya berjanji tidak akan membenarkan dia melayari Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Penggodam tersebut, Ryan Cleary, yang didakwa orang penting dalam kumpulan penggodam antarabangsa, LulzSec, bertemu semula dengan ibunya, Rita selepas dia dibenarkan ikat jamin oleh hakim sebuah mahkamah setelah tujuh hari ditahan reman polis.
Remaja berusia 19 tahun yang gemar menyendiri itu ditangkap dalam operasi bersama polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di rumah ibunya di sini, England pada Isnin lalu kerana disyaki mensabotaj beberapa organisasi kerajaan termasuk Soca.
"Saya berasa amat lega kerana dapat membawa anak saya pulang. Sepanjang tujuh hari dia ditahan, ia merupakan hari paling panjang dalam hidup kami," kata Rita.
"Dia memberitahu saya bahawa dia mungkin gila berada dalam tahanan," tambahnya.
Cleary yang diperintahkan memakai penanda elektronik, berdepan lima dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Jenayah Britain.
Kumpulan LulzSec pula dikaitkan dengan serangan siber ke atas beberapa laman web termasuk Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan syarikat permainan komputer Sony serta Nintendo.
- AgensiKosmo! Online - Dunia
1 comment:
Global World Hackers adalah rumah penyelesaian penggodam. kami sangat jenius ketika datang ke penggodaman, pengurus ITC kami tersedia untuk mengendalikan semua pekerjaan hacking anda. Kami menyampaikan kepada pelanggan dengan kadar yang berpatutan dan kelajuan yang hebat. Kami tidak membuang masa dan kadar kejayaan kami dijamin 100%. Perkhidmatan kami termasuk gred Universiti Perubahan Facebook, twitter, IG hack Email hack Yahoo hack Gmail hack Outlook Hack AOL Hack Lap rekod jenayah Bersihkan hutang kad kredit MasterCards / visa kad Akaun bank WU pemindahan Money Gram Pemindahan Kredit Pangkalan data hack dan banyak lagi. Antara perkhidmatan lain yang disesuaikan ... semua ini adalah kadar yang sangat baik. Keputusan dijamin. Hubungi kami di Globalworldhackers@gmail.com
Post a Comment