Pages

Wednesday, June 29, 2011

Tuah wanita malang

LIZ bersama sebahagian daripada hadiah dimenangi.
LIZ bersama sebahagian daripada hadiah dimenangi.
NOTTINGHAM: Walaupun mengalami masalah otot dan bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda bermotor untuk bergerak, Liz Denial, sangat bernasib baik.
Meluangkan masa menyertai pertandingan dalam talian, Liz memenangi beratus-ratus daripadanya.

Berasal dari Stapleford, Liz memenuhkan rumahnya dengan pelbagai hadiah diperoleh daripada pertandingan berkenaan, termasuk televisyen LCD 37 inci, sistem teater rumah, dua permainan X-Box dan beratus-ratus barangan bilik mandi serta pencuci rumah.

Bekas pekerja bank berusia 51 tahun itu juga pernah memenangi percutian ekslusif lima bintang ke Kenya.

Melalui pertandingan televisyen Deal Or No Deal, Liz mendapat lebih RM80,300 bagi melengkapkan gaya hidup mewahnya.


Media semalam melaporkan, tuah mula menyebelahi Liz sejak Oktober tahun lalu apabila dia memenangi pertandingan setiap hari.

Katanya, sejak berhenti daripada kerja akibat penyakit fibromyalgia, dia terpaksa bergantung kepada hadiah pertandingan untuk menyara hidup.

“Saya tak ada kerja dan kerusi roda ini memerlukan biaya besar untuk digunakan,” katanya.

Mengenai tuahnya, Liz mengakui dia kadang-kadang berasa seperti bermimpi.

“Barangkali takdir saya begini. Dalam kesakitan amat sangat akibat fibromyalgia, nasib menyebelahi saya,” katanya.


Selain hadiah lumayan, Liz tidak mengetepikan hadiah lebih kecil seperti syampu dan produk pencucian.


Katanya, jika tidak diperlukan, hadiah berkenaan dijual kepada rakannya.


“Apabila saya memenangi hadiah melancong ke Kenya, saya langsung tidak mempercayainya kerana ia benar-benar di luar dugaan,” katanya.


Liz berkata, setakat ini hadiah paling pelik pernah diterimanya ialah kad gergasi memaparkan pelawak dan penerbit terkenal Britain, Ricky Gervais.



“Memang ada hadiah sangat pelik, tetapi yang lain ternyata banyak membantu saya,” katanya. - DMmyMetro | Tuah wanita malang

No comments: