Pages

Wednesday, June 29, 2011

Kerajaan Libya kecam waran tangkap Gaddafi


TRIPOLI: Kerajaan Muammar Gaddafi semalam mengecam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin veteran itu dengan menyifatkan tribunal itu sebagai alat kuasa Eropah.
Pertubuhan hak asasi manusia dan Barat mengalu-alukan langkah berkenaan yang dibuat sempena hari ke-100 kempen pengeboman Nato terhadap negara itu.

Libya menolak waran tangkap terhadap Gaddafi, 69, anaknya, Seif al-Islam dan Ketua Perisikan Libya, Abdullah al-Senussi, 62, yang dikeluarkan kerana kekejaman yang mereka lakukan sepanjang tunjuk perasaan yang bermula pertengahan Februari lalu.

“Waran itu adalah perlindungan untuk Nato yang masih berusaha untuk membunuh Gaddafi,” kata Menteri Kehakiman, Mohammed al-Gamudi.

Timbalan Menteri Luar, Khaled Kaaim berkata, ICC menjadi alat dasar luar Eropah.



“Ia adalah mahkamah politik yang berkhidmat untuk Eropah. Mahkamah kami akan membicara sendiri sebarang pencabulan hak asasi dan jenayah lain yang dilakukan sepanjang konflik di Libya,” katanya. - AFPmyMetro | Kerajaan Libya kecam waran tangkap Gaddafi

No comments: