Pages

Wednesday, June 29, 2011

Iran ada pelancar peluru berpandu bawah tanah




peluru berpandu Zelzal dilancarkan pada hari kedua latihan tentera yang dipanggil Latihan Rasul Agung-6 oleh Pasukan Pengawal Revolusi Iran di satu lokasi yang tidak diumumkan, semalam. - AFP


TEHERAN 28 Jun - Pasukan Pengawal Revolusi Iran hari ini mendedahkan satu projek 'tempat pelancar peluru berpandu bawah tanah' bagi membolehkan pasukan tentera elit negara ini melakukan pelancaran peluru berpandu jarak jauh.
Siaran itu memaparkan tapak pelancar tersebut di sebuah lokasi yang tidak diketahui dan projek itu digelar sebagai Shahab-3.
Pendedahan tersebut dilakukan selepas pasukan pengawal memulakan latihan ketenteraan sebagai persediaan untuk melancarkan pelbagai jenis peluru berpandu.
"Teknologi yang digunakan untuk mencipta pelancar tersebut adalah asli," jurucakap pasukan pengawal, Kolonel Asghar Ghelich-Khani.
Peluru berpandu Shahab-3 mampu dilancarkan sejauh 2,000 kilometer dan secara teorinya, ia boleh melepasi sempadan Israel, malah sampai di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat.
Dalam pada itu, Iran menjelaskan latihan ketenteraan terbarunya akan membawa 'mesej keamanan dan persahabatan' kepada negara serantau.
Program peluru berpandu negara ini dikawal sepenuhnya oleh pasukan pengawal termasuk projek angkasa lepasnya dan perkara itu menjadi kebimbangan negara Barat.
Sementara itu, kuasa-kuasa Barat turut bimbang sekiranya program peluru berpandu yang dikeluarkan oleh negara ini mampu menghasilkan peluru nuklear. Malah Barat mengesyaki Iran berselindung di sebalik projek nuklearnya. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: