Pages

Tuesday, June 21, 2011

Nato akui jet tersalah sasar


TRIPOLI: Nato semalam mengaku bertanggungjawab terhadap kematian orang awam di bandar raya ini selepas pegawai Libya menunjukkan kepada wartawan lima mayat, dua daripadanya bayi, antara sembilan orang yang terkorban dalam serangan udara pakatan itu.
Sementara itu, pemberontak yang berusaha menggulingkan kerajaan Muammar Gaddafi berkata, mereka berdepan dengan masalah kewangan ketika perjuangan itu masuk bulan kelima dan mendesak kerajaan dalam pakatan yang diketuai Nato menunaikan janji untuk menghulurkan bantuan.

Nato, dalam kenyataan yang dikeluarkan di Brussels berkata: “Nato mengaku serangan terhadap Tripoli menyebabkan kematian di kalangan orang awam ketika serangan itu mensasarkan sebuah kawasan peluru berpandu.

“Satu senjata menyimpang dari kawasan yang disasarkan dan kemungkinan berlaku kesilapan dalam sistem senjata hingga menyebabkan beberapa orang terbunuh.” Pengakuan itu memalukan pakatan berkenaan yang megetuai kempen pengeboman berdasarkan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi orang awam.

Jurucakap kerajaan Libya, Mussa Ibrahim menuduh pakatan Barat itu sengaja mensasarkan orang awam dan menegaskan tidak ada sasaran tentera di kawasan kediaman di Tripoli yang dibom pagi Ahad lalu.


Bagimanapun, pegawai di wilayah yang dikuasai pemberontak menuduh Gaddafi bertanggungjawab terhadap kematian itu dengan mendakwa pemimpin berkenaan sengaja menggunakan sekolah dan masjid untuk menyimpan senjata.

“Kami kesal dengan kematian orang awam. Tetapi, Gaddafi yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu kerana menempatkan senjata berhampiran kawasan kediaman orang awam.” - AFP
myMetro | Nato akui jet tersalah sasar

No comments: