Pages

Tuesday, June 21, 2011

Imran Khan cabar undang-undang minum arak






NAGPUR - Hero Bollywood, Imran Khan (gambar) baru-baru ini berikrar akan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan pemerintah negeri menaikkan had usia minimum minum arak kepada 25 tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Ramai penduduk bandar ini, di negeri Maharashtra, menyokong pendirian Khan berhubung isu tersebut tetapi terdapat segelintir yang menyokong keputusan pemerintah.
"Seseorang individu dibenar mendapatkan lesen memandu pada usia 16 tahun dan berkahwin ketika usia 21 tahun.
Namun, usia untuk minum arak pula dinaikkan kepada 25 tahun. Sepatutnya pemerintah menaikkan had umur untuk mendapatkan lesen memandu (bagi mengurangkan kes kemalangan akibat pemandu mabuk)," kata sekumpulan golongan muda di sini. Seorang pelajar jurusan kejuruteraan, Vinay Kakde menyifatkan undang-undang itu sebagai kolot. "Undang-undang ini ibarat kembali ke zaman gelap," katanya. Ramai penduduk di sini berpendapat tindakan pemerintah tidak akan mencapai matlamatnya kerana ia hanya akan menggalakkan pasaran gelap arak. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

No comments: