JUBA, Sudan 3 Jun - Hampir 100 orang awam terbunuh di wilayah Abyei sejak tentera menguasai wilayah itu pada 21 Mei lalu, kata seorang pegawai semalam.
Ketua pentadbiran wilayah itu, Deng Arop Kuol berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan nama mangsa namun jumlah kematian menghampiri 100 orang.Khartoum menimbulkan bantahan antarabangsa apabila ia mengerahkan kereta kebal dan tenteranya ke bandar Abyei pada 21 Mei lalu. - Reuters
No comments:
Post a Comment