Pages

Monday, May 23, 2011

Tentera Iran miliki peluru berpandu baru

myMetro | Tentera Iran miliki peluru berpandu baru: "


TEHERAN: Tentera Iran menerima sistem peluru berpandu baru semalam yang dianggap membuktikan kemampuan negara itu menghasilkan senjata secara besar-besaran.

Digelar sebagai Qiyam (Kebangkitan) 1, sistem pertahanan terbaru Iran itu didakwa berjaya menjalani ujian dan diserahkan kepada tentera negara itu semalam.


Stesen televisyen al-Alam tidak menyatakan jarak yang mampu dicapai Qiyam 1, tetapi melaporkan, ia diserah kepada sayap udara tentera elit Pengawal Revolusi.

Ia didakwa sukar dikesan berbanding model terdahulu.


“Penghasilan besar-besaran Qiyam menunjukkan Republik Islam Iran boleh berdikari menghasilkan pelbagai jenis peluru berpandu,” lapor al-Alam memetik kenyataan Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi. - Reuters"

No comments: