Pages

Monday, May 23, 2011

294 rumah haram Zionis

myMetro | 294 rumah haram Zionis: "


BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, meluluskan pembinaan 294 rumah baru di penempatan haram di Beitar Ilit, Tebing Barat, kata Peace Now, semalam.

Pengumuman pertubuhan bukan kerajaan itu dibuat ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berada di Washington dan bersedia memberi taklimat kepada Kongres Amerika Syarikat serta kumpulan pelobi berpengaruh pro-Israel, Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC).


Peace Now berkata, Barak memberi kelulusan itu untuk menempatkan kediaman warga emas serta sebuah pusat membeli belah di kawasan Efrat.

Bagaimanapun, pertubuhan terbabit tidak menyatakan bila Barak menandatangani kebenaran dua projek berkenaan.


Sementara itu, dalam kenyataan ringkas, Kementerian Pertahanan Israel berkata, sejak berakhirnya tempoh pembekuan projek pembinaan di Tebing Barat, beberapa kebenaran diberikan kepada komuniti di kawasan terbabit bagi memenuhi keperluan mereka.


Rundingan damai di antara Israel dan Palestin tergantung sejak akhir September tahun lalu selepas pembekuan sementara pembinaan penempatan haram selama 10 bulan tamat.

Netanyahu pula enggan memperbaharui pembekuan itu.


Peace Now berkata, sejak penggantungan projek penempatan tamat, kira-kira 2,000 kediaman dibina di 75 lokasi berasingan. - AFP"

No comments: