Pages

Monday, May 2, 2011

Pertahan serangan

myMetro





ANGGOTA pasukan keselamatan Libya memeriksa rumah anak bongsu pemimpin Libya, Seif al-Arab Gaddafi, 29, (gambar kecil) yang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera NATO, awal pagi tadi selepas puak pemberontak dan NATO menolak rundingan untuk mengakhiri krisis di negara itu. Muammar Gaddafi dan isteri yang turut berada di dalam rumah itu disahkan terselamat. - Foto REUTERS



LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam berkata, dasar sasaran Nato adalah selaras dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan kempen serangan udara terhadap Libya.


Beliau enggan mengulas mengenai laporan berhubung serangan pakatan berkenaan yang membunuh anak bongsu Gaddafi, Seif al-Arab, 29, dan tiga cucunya, sebaliknya berkata: “Dasar sasaran Nato amat jelas. Ia selaras dengan ketetapan 1973 PBB dan ia mengenai menghalang kematian orang awam dengan mensasarkan ‘jentera perang Gaddafi’, bukan individu.” Cameron berkata demikian kepada BBC. - Reuters"

No comments: