Pages

Monday, May 2, 2011

Pelumba terselamat kereta terbakar


KERETA Holden Commodore yang dipandu Karl Reindler terbakar dalam kemalangan di sebuah litar di Perth, Australia semalam.


PERTH - Pelumba Australia, Karl Reindler terselamat selepas kereta lumba Holden Commodore yang dipandunnya terbakar dalam satu kemalangan di sebuah litar di sini semalam.
Reindler, 26, merangkak keluar dari keretanya yang sedang marak dijilat api selepas ia tiba-tiba mati di tengah litar lalu dirempuh pada kelajuan 150 kilometer sejam oleh sebuah kereta lumba lain dari arah belakang.
Ini menyebabkan kedua-dua kenderaan meletup dan terbakar.
Kereta dilengkapi enjin konfigurasi V8 dan berharga AS$600,000 (RM1.9 juta) itu rosak teruk, manakala pelumba muda itu cedera ringan di tangan dan muka akibat melecur.
"Badan saya tidak cedera cuma bahagian tangan dan muka. Saya menekan klac dan kereta ini tiba-tiba mati. Tiada apa yang boleh saya lakukan lagi," katanya.
Seorang lagi pemandu, Steve Owen turut terselamat dalam nahas itu. - Agensi, kosmo

No comments: