Pages

Monday, May 2, 2011

Israel terancam



 


TEL AVIV - Rejim Israel dilihat semakin terancam sejak kumpulan pejuang Hamas dan Fatah di Palestin kembali berdamai dan bakal membentuk kerajaan perpaduan bagi menubuhkan sebuah negara merdeka.

Selain itu, kesediaan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh untuk meletak jawatan bagi membolehkan kerajaan perpaduan baru itu ditubuhkan turut menimbulkan rasa tidak senang pemerintahan rejim Zionis.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memburuk-burukkan Hamas yang digelarnya sebagai kumpulan pengganas semasa perbualan telefon dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, rejim yang mengenakan sekatan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza itu juga menghentikan pemindahan cukai yang dipungut bagi pihak Palestin selain mengancam mengenakan sekatan bagi membantah perpaduan yang diumumkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, minggu lalu.

Kumpulan Fatah dan Hamas yang bertelagah sejak 2006 berdamai dalam satu rundingan rahsia di Kaherah bagi membentuk kerajaan perpaduan dan mengadakan pilihan raya di Palestin.

Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad sebelum ini mengemukakan kertas kerja bagi pembentukan sebuah negara bebas dan merdeka menjelang September depan.

No comments: