Pages

Monday, May 2, 2011

Gunung berapi hambur batu sebesar lori


GUNUNG BERAPI Tungurahua menghamburkan batu berapi ketika meletus semalam.


QUITO - Gunung berapi Tungurahua di Ecuador menghamburkan batu berapi sebesar lori sejauh lebih satu kilometer dalam satu letusan kuat yang menyebabkan lebih 300 penduduk lari meninggalkan rumah mereka, demikian menurut pihak berkuasa.
Sekolah-sekolah ditutup untuk hari ketiga berturut-turut semalam selepas awan debu melitupi berpuluh-puluh pekan sekitar gunung berapi setinggi 5023.1 meter itu yangterletak sekitar 134 kilometer dari ibu kota Equadaor di sini.
"Batu paling kecil sebesar kereta, manakala yang terbesar menyamai saiz sebuah lori," kata seorang saintis, Silvana Hidalgo yang memantau gunung berapi itu. - Agensi, kosmo

No comments: