Pages

Monday, April 11, 2011

Operasi cari mayat diteruskan



Penduduk meninjau kawasan yang dipenuhi kereta-kereta yang musnah akibat tsunami dan gempa bumi pada 11 Mac lalu, di Rikuzentakata, negeri Iwate, Jepun, semalam. – AP


TOKYO 10 April – Kira-kira 22,000 askar melancarkan satu lagi operasi untuk mencari mayat di sepanjang kawasan pantai Pasifik di utara Jepun hari ini, genap sebulan sejak gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.
Sebanyak 90 pesawat udara, 50 kapal dan bot serta 100 penyelam menjalankan operasi mencari mayat yang dihanyutkan ke laut, manakala 14,000 askar memeriksa runtuhan rumah, bangkai kenderaan dan timbunan sampah-sarap di darat.
Kira-kira 15,000 orang masih hilang manakala 13,000 disahkan terkorban dalam malapetaka terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.
“Di kawasan darat, kami mencari mayat di bawah runtuhan dan di kawasan ditenggelami air.
“Kami mengerahkan helikopter dan kapal terbang untuk meninjau kawasan pantai, muara sungai dan kawasan banjir,” kata seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Darat.
Tentera Amerika Syarikat (AS) mengerahkan 110 anggotanya dan dua pesawat udara untuk menyertai operasi sehari itu.
“Sudah hampir sebulan sekarang dan banyak lagi mayat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.
“Kami menemui 80 hingga 100 mayat setiap hari dan perlu mencari yang lain secepat mungkin,” katanya.
Operasi maritim tertumpu kepada perairan dekat Rikuzentakata, sebuah bandar kecil di wilayah Iwate yang ranap dilanda tsunami. – AFP
-Utusan

No comments: