Pages

Monday, April 11, 2011

Graduan menganggur Arab Saudi tunjuk perasaan

JEDDAH/RIYADH: Berpuluh-puluh graduan universiti yang menganggur dan guru mengadakan tunjuk perasaan di dua bandar raya di Arab Saudi, semalam, menuntut peluang pekerjaan dan gaji lebih baik.
Lebih 20 penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan pejabat Kementerian Pendidikan di Jeddah, manakala seramai 20 lagi di luar kementerian sama di Riyadh, kata saksi dan penunjuk perasaan. “Insya Allah, saya akan berada di sini hingga Jumaat ini. Kami tidak peduli lagi kerana sudah tujuh tahun menganggur. Kami tiada pilihan lain,” kata guru bahasa Arab yang menyertai tunjuk perasaan di Jeddah, Omar Alharbi, 34.

“Saya bercadang untuk berada di sini hingga ada penyelesaian,” tambahnya.

Bapa enam anak yang bekerja sebagai guru di sekolah swasta itu dibayar 1,800 riyal (RM1,450) sebulan, lebih sedikit daripada bantuan 2,000 riyal (RM1,611) yang dibayar oleh kerajaan kepada penganggur. Meskipun kaya dengan hasil hasil minyaknya, Arab Saudi berusaha untuk mengurangkan pengangguran yang kadarnya mencapai 10 peratus tahun lalu. - Reuters
myMetro | Graduan menganggur Arab Saudi tunjuk perasaan

No comments: