Pages

Sunday, April 3, 2011

Anjing terapung 3 minggu



GAMBAR yang disediakan oleh Jiji Press menunjukkan Pengawal Pantai Jepun menyelamatkan seekor anjing yang terapung sejak gempa bumi dan tsunami melanda tiga minggu lalu di perairan Kesennuma di Miyagi, Jepun, kelmarin. - AFP


TOKYO 2 April - Seekor anjing ditemui selamat dan sihat hari ini selepas tiga minggu berada di dalam rumah yang terapung di tengah lautan akibat tsunami yang melanda Jepun.
Ahli Pengawal Pantai Jepun menemui anjing kecil itu ketika menjalankan pencarian dari udara di kawasan tersebut.
Anjing itu berjaya meneruskan hidup di dalam rumah yang separuh daripadanya telah musnah dihanyutkan oleh air laut.
Televisyen tempatan menyiarkan video anjing itu berlari melompat-lompat di atas bumbung rumah itu sebelum ia menghilangkan diri ke dalam rumah melalui lubang di bumbung itu.
Anggota penyelamat berharap menemui ramai lagi mangsa tsunami yang terselamat di dalam rumah itu tetapi mereka gagal menemui sesiapa selepas membuka bumbung itu melainkan anjing tersebut.
Walaupun berada tiga minggu di lautan, anjing berwarna coklat yang bersaiz sederhana itu dilihat berada di dalam keadaan yang baik dan sihat.
Penemuan tersebut merupakan harapan sedikit yang jarang berlaku di Jepun di mana beribu-ribu orang dipercayai terkorban akibat bencana itu.
Jepun kini dicengkam dengan ancaman nuklear akibat ketidakstabilan loji nuklear di Fukushima dan pekerja loji terus berusaha untuk memulihkan sistem penyejukan yang rosak akibat gempa bumi. - AGENSI
-Utusan

No comments: