MISURATA (Arrahmah.com) - Benarkah misi Amerika Syarikat dan NATO diLibya adalah untuk “melindungi rakyat” Libya dan membantu perlawanan pejuang revolusi menghadapi tentera kerajaan Gaddafi? Jika benar, mengapa selalu ada lapuran bahawa serangan udara salibis NATO menewaskan orang awam dan pejuang revolusi Libya.
Kali ini serangan udara salibis NATO mengorbankan sedikitnya 12 pejuang revolusi di kota Misurata, wilayah Libya timur, ujar sumber medis.
Menurut sumber medis, kematian terjadi ketika sejumlah misil NATO menghentam gedung yang berlokasi sekitar 5 Km dari timur kota pelabuhan Mediteranean di mana tentera revolusi berpengkalan, Rabu (27/4/2011), lapor Press TV pada Khamis (28/4).
NATO menolak laporan tersebut walaupun saksi mata mengatakan sebaliknya.
Dr. Hassan Malitan bahawa serangan terjadi sesaat setelah ia dan kumpulannya meninggalkan gedung.
“Kami baru saja meninggalkannya sekitar 200 meter dan kami mendengar ledakan bom besar yang mengguncang tanah,” ujar Malitan.
“Kami mulai menangis dan meneriakkan nama mereka,” katanya. “Sangat jelas misi datang dari langit dan kami mendengar suara pesawat lalu.”
Di ibukota Libya, Tripoli, ledakan besar juga terdengar ketika pesawat NATO melintas di sana.
Sebelumnya, empat orang awam mengalami kecederaan setelah pesawat NATO menghentam kedudukan ketenteraan di Tripoli timur.
Sementara itu, Britain merancangkan akan menghantar tenteranya di perbatasan Libya-Tunisia. London mendakwa bahwa tentera yang dihantar diperbatasan akan bertugas mengamankan penduduk dari serangan tentera Gaddafi.
Laporan mengatakan bahwa lebih dari 5000 perlarian warga Libya telah menyeberang ke Tunisia dalam tempoh 48 jam terakhir. (haninmazaya/arrahmah.com)
http://arrahmah.com/
http://arrahmah.com/
No comments:
Post a Comment