Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2011/03/16
ANGGOTA JPAM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di Parit Laman, Sri Medan, Batu Pahat kelmarin.
BATU PAHAT: Penduduk kawasan Parit Laman, Sri Medan, dekat sini, digemparkan dengan penemuan seekor ular sawa dengan berat dianggarkan melebihi 100 kilogram sedang berlingkar dalam keadaan kekenyangan di sebuah kebun, kelmarin.Difahamkan ular sawa batik atau nama saintifiknya 'Python Neticulatus' berkenaan baru saja menelan seekor babi hutan berdasarkan keadaan perutnya yang sebesar tong gas.
Sebaik menemui reptilia itu kemudian perlahan-lahan menuju ke kolam berdekatan kebun berkenaan dipercayai untuk menyembunyikan diri.
Bimbang perkara buruk mungkin terjadi, penduduk di situ kemudian menghu-
bungi talian kecemasan 999 bagi memaklumkan penemuan reptilia berukuran kira-kira 4 meter itu.
Timbalan Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Batu Pahat, Musi Kipli ketika ditemui berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan ular itu kira-kira jam 12 tengah hari.
“Sejurus tiba di lokasi penemuan ular itu di Parit Lapis Laman di sini, kami mendapati ular sawa berkenaan menuju ke arah kolam, namun pergerakannya agak terbatas berikutan kekenyangan.
Katanya, usaha menarik kembali ular itu dari kolam berjaya selepas anggota termasuk pegawai dari JPAM dan lapan orang dewasa mengangkat reptilia itu yang dipercayai kekenyangan selepas membaham seekor babi hutan.
Bagaimanapun, katanya, ular sawa berkenaan mati dalam perjalanan ke peja-
bat JPAM di pusat bandar, di sini.
No comments:
Post a Comment