Pages

Sunday, March 6, 2011

Rumah bintang Slumdog terbakar




PELAKON kanak-kanak filem Slumdog Millionaire, Rubina Ali berdiri di hadapan rumahnya yang musnah dalam satu kebakaran di Mumbai kelmarin.


MUMBAI, India - Bintang kanak-kanak filem Slumdog Millionaire, Rubina Ali tinggal sehelai sepinggang selepas kediamannya hangus dalam satu kebakaran yang memusnahkan sebuah penempatan setinggan di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Aktres berusia 12 tahun itu berkata, hampir semua anugerah yang diterimanya kerana lakonannya sebagai kanak-kanak miskin dalam Slumdog Millionaire turut musnah dalam kebakaran di penempatan setinggan Garib Nagar, kelmarin.
"Saya dan keluarga saya sedang menonton televisyen apabila seorang jiran kami datang memberitahu tentang kebakaran itu. Kami semua terus bergegas keluar. Kami terpaksa bermalam di sebuah stesen kereta api", kata Rubina.
"Tiada sesiapa pun yang tampil membantu kami," tambahnya
Filem Slumdog Millionaire yang ditayangkan pada 2008, menjana kutipan AS$377 juta (RM1.88 bilion) di seluruh dunia dan merangkul banyak anugerah perfileman antarabangsa termasuk lapan anugerah Oscar, tujuh Anugerah Akademi Seni Filem dan Televisyen British (BAFTA) dan empat anugerah Golden Globe .
Menurut Rubina, dia dan keluarganya menunggu untuk berpindah ke apartmen baru mereka di sini yang dibayar menerusi satu tabung yang ditubuhkan oleh pengarah filem tersebut, Danny Boyle.
Sementara itu, seorang jurucakap bomba tempatan berkata, sekurang-kurangnya 21 orang cedera dengan 2,000 lagi hilang tinggal dalam kebakaran tersebut.Kosmo! Online - Dunia

No comments: