Pages

Sunday, March 6, 2011

Pemberontak dakwa kuasai bandar Ras Lanuf

RAS LANUF, Pemberontak Libya mendakwa mereka menawan bandar ini, pusat penapisan minyak utama selepas pertempuran sengit dengan tentera kerajaan.
Dakwaan itu bagaimanapun disangkal oleh seorang pegawai kanan kerajaan.

Pertempuran yang meletus kelmarin tertumpu di pusat bandar Ras Lanuf.

Ratusan pemberontak bersorak dan melepaskan tembakan ke udara petang semalam dengan berkata mereka menguasai bandar berkenaan.

Wartawan AFP melaporkan, anggota pemberontak juga mengawal di luar perkarangan Operasi Minyak Harouge, balai polis dan pintu masuk kawasan kediaman berhampiran.


Bagaimanapun, di Tripoli, Timbalan Menteri Luar, Khaled Kaaim berkata, kerajaan masih menguasai Ras Lanuf.

“Keadaan di Ras Lanuf tenang,” katanya.

Seorang doktor di bandar itu berkata, ramai yang terbunuh dan cedera akibat serangan roket.

”Kami melihat mayat bergelimpangan di jalan raya,” kata seorang sukarelawan pemberontak. - AFPmyMetroPemberontak dakwa kuasai bandar Ras Lanuf

No comments: