Pages

Sunday, February 13, 2011

Mubarak masih berada di Mesir?




SEORANG pegawai tentera menulis kata-kata sokongan di atas baju seorang penunjuk perasaan di Dataran Tahrir selepas Presiden Hosni Mubarak mengumumkan peletakan jawatannya, semalam. - REUTERS


KAHERAH 12 Feb. Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dipercayai masih berada pusat peranginan di Sharm el-Sheikh di Laut Merah, kira-kira 570 kilometer dari sini.
Beliau dan keluarganya dipindahkan ke sebuah rumah agamnya di pusat peranginan itu selepas meletakkan jawatan, semalam.
Mubarak dan keluarganya dipercayai diberi kawalan ketat tentera elite Mesir bagi mengelakkan penunjuk perasaan mengancam keselamatannya.
Bagaimanapun, Mubarak dilihat tidak akan berada di rumah agam tersebut untuk jangka waktu yang lama.
Ini kerana selepas penubuhan kerajaan Mesir yang baru, Mubarak dijangka dikenakan tindakan undang-undang di atas pelbagai dakwaan.
Dalam pada itu, isteri Mubarak, Suzanne dan anaknya, Gamal dilaporkan sudah berangkat ke luar negara dan kini menetap di apartmen agam enam tingkat milik mereka di Knightbridge, London.
Mubarak kini dilihat cuba mengorak langkah untuk memilih destinasi bagi menyelamatkan dirinya.
Mubarak mungkin memilih Arab Saudi kerana menyediakan pelbagai kelebihan termasukdapat menyelamatkannya daripada waran tangkap antarabangsa.
Selain Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Libya turut menjadi destinasi Mubarak serta Amerika Syarikat yang merupakan negara sekutu rapatnya. - Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: