Pages

Sunday, February 13, 2011

2,000 penyokong rempuh benteng polis

Berita Harian Online | 2,000 penyokong rempuh benteng polis: "


2011/02/13

ALGIERS: Lebih 2,000 orang merempuh benteng polis di sini, semalam dua jam sebelum rapat umum pro-demokrasi diadakan oleh pembangkang, sehari selepas presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Tindakan merempuh benteng polis itu mencetuskan pergelutan dengan anggota keselamatan mengakibatkan beberapa orang ditahan, kata saksi.

Pihak berkuasa sudah mengerahkan hampir 30,000 anggota polis bagi menghalang rapat umum di dataran 1 Mei di tengah ibu kota ini yang dianjur Penyelaras Kebangsaan Bagi Perubahan dan Demokrasi (CNCD).
Keseluruhan kawasan dataran itu dikepung oleh anggota pasukan keselamatan dengan kereta perisai bagi menghalang penunjuk perasaan memasukinya.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan berjaya memasuki dataran itu dan berhimpun sambil melaung slogan anti-kerajaan. Bagaimanapun mereka segera dikepung pasukan keselamatan.

Wartawan AFP menyaksikan dua orang ditahan, termasuk ahli parlimen dari parti pembangkang RCD, Othmane Maazouz.

Presiden RCD, Said Sadi, berkata pihaknya mengecam tindakan polis mengasari aktivis veteran, Ali Yahia Abdelnour, 90.
CNCD adalah kumpulan penaung parti pembangkang, pergerakan masyarakat sivil, kesatuan sekerja yang ditubuhkan tiga minggu lalu selepas terangsang dengan bantahan rakyat di Tunisia dan Mesir yang berjaya menumbangkan pemimpin kuku besi. – AFP"

No comments: