Ketahuilah bahawa makin pesatnya perjuangan kebangkitan Islam makin tercabarlah musuh-musuh Islam. Kalau tercabar, mereka lagi akan mencabar. Umat Islam kena faham hal ini. Jadi mereka akan buat cabaran-cabaran sama ada halus mahupun kasar.
Musuh ketat Islam adalah Yahudi, kemudian Kristian. Selain itu, musuh yang ada adalah yang ringan-ringan. Musuh utama Islam ialah Yahudi. Sebab itu disebut dalam Al-Qur’an dan hadis. Terbukti kalau kita baca sejarah, Yahudi sudah melakukan berbagai tipu daya terhadap umat Islam. Sebab yang paling faham tentang Islam dan apa yang akan berlaku di akhir zaman adalah yahudi, sedangkan mereka adalah musuh nombor satu umat Islam. Mereka pula cerdik-cerdik. Dengan kecerdikan itu, mereka bermusuh dengan umat Islam. Sebelum kejayaan umat Islam akhir zaman, umat Islam sudah dikucar-kacirkan, sudah dipecah belahkan dan dilemahkan.
Jadi, jangan anggap bila Islam sudah hampir dengan kemenangan, kita hendak berehat-rehat. Tidak sesekali begitu. Mereka akan buat tekanan lebih hebat lagi pada Islam samada kita sedar atau tidak, samada kita faham atau tidak. Hal ini mesti ada di dalam kepala umat Islam. Umat Islam tak boleh berjuang dengan senang-senang hati. Kena letakkan musuh di depan. Kalau begitu kali ini, sebagai penjelasan saya nak ceritakan bagaimana tipu daya yang telah dilakukan oleh yahudi semenjak zaman Rasulullah hingga ke hari ini. Mungkin ramai orang Islam tak sedar, ulama pun tak sedar, tapi sebagai orang Islam yang berjuang mesti ambil tahu, mesti sedar, mesti faham bagaimana mereka bertindak supaya orang Islam boleh hadapi dengan bijaksana dengan satu perjuangan yang berdisiplin, tersusun sesuai seperti bijaknya yahudi.
Jadi mari kita mengkaji tipu daya Yahudi sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang. Mereka sangat berjaya. Sebenarnya kalau nak cerita semua kejahatan mereka tak selesai dalam satu bab. Tapi kita cuba lihat satu aspek sahaja. Kali ini akan dihurai, diulas, bagaimana mereka berjaya hingga Umat Islam terkeliru.
Yahudi sangat faham bahawa umat Islam samada yang sayang dengan ulama atau tidak, umat islam tak boleh lepas dari ulama. Apa bangsa pun tak boleh lepas dari ulama, samada sayang atau tidak mereka perlukan ulama setidak-tidaknya untuk menjaga fardhu ain, nikah kahwin, kenduri kendara, dan mengharapkan doa. Ini yahudi sangat faham.
Padahal kalau setakat itu saja keperluan Umat Islam terhadap ulama, tidak menjadi masalah. Tapi itu pun diambil berat oleh Yahudi hingga dia fikirkan bagaimana dia akan mengkucar-kacirkan peranan ulama agar Umat Islam haru-biru kerananya. Digunakan ulama untuk kucar-kacirkan Umat Islam.
Ada 5 golongan ulama yang mana sejarah mereka diputarbelitkan hinggakan masyarakat Islam terpengaruh dengan putar belit sejarah yang digambarkan yahudi. Jadilah haru-biru umat Islam. Yahudi suluh semua golongan ulama. Yang mana patut ditonjol, mana patut ditutup dan yang patut ditayang. Yang ditayang, diputarbelit tentang mereka itu.
Orang Yahudi tahu adanya ulama mazhab, mujadid, ahli-ahli sufi, ada ulama liberal, ada ulama fikir ilmu sains saja, atau fikir falsafah. Bagaimana dia akan gunakan ulama samada positif pada mereka atau negatif pada mereka.
1. Yahudi Menyerang Ulama Mazhab
Yahudi tahu ulama mazhab ini termasuk penyelamat umat Islam sebab mereka menjaga aqidah umat. Mana-mana yang tidak faham syariat, merekalah yang menjaga. Ulama mazhab sekiranya dibiarkan, tidak diputar belit tentang mereka, akan untunglah Umat Islam. Lahirnya diputar belit. Dia gunakan ulama Islam yang boleh dibeli samada dengan duit atau pengaruh. Ulama ini digunakan untuk mengatakan bahawa kedatangan ulama mazhab memecah belahkan umat Islam. Jadi ulama yang dibeli itu menyerang ulama mazhab. Yahudi gunakan ulama wahabi yang anti mazhab. Sebab itu selepas kedatangan wahabi (100 tahun yang lepas), haru biru dibuatnya kerana mereka sangat menentang mazhab. Jadi dengan cara ini mereka kucar-kacirkan umat Islam.
Pada kita ulama mazhab rahmatan lil alamin, kata Rasulullah. Merekalah yang menjaga ilmu Islam supaya ilmu Islam yang hak dapat dikekalkan. Tapi Yahudi gunakan ulama wahabi untuk mengatakan kedatangan ulama mazhab memecah belah umat Islam. Sebab itu diwaktu itu tak berjaya tapi sekarang sudah berjaya, umat Islam tidak menyebut lagi ulama mazhab dan lupakan empat imam mazhab. Sekitar 50 tahun ke belakang masyarakat sudah tidak menyebut nama-nama mereka. Akibat terpengaruh pendapat yang mengatakan ulama mazhab pemecah belah umat Islam.
2. Yahudi menutup sejarah adanya Ulama Mujaddid.
Golongan ini ditutup terus. Sebab dia tahu ulama mujadid ini membawa kebenaran yang mana dia bukan saja membawa ilmu tetapi Islam realiti, Islam praktikal, ‘zahirina ala haq’. Masyarakat hanya kenal 1 atau 2 saja seperti Imam Syafi’e, Umar Ibnu Aziz, tetapi yang lain tidak dikenali. Siapa yang kenal Imam Fakhrurazi, Imam Sayuti, begitu mahsyur, patut masyarakatg kenal tetapi berjaya ditutup. Ulama mazhab tadi diuar-uarkan tapi dinegatifkan, diburuk-burukkan. Ulama mujaddid ini langsung ditutup, ditenggelamkan.
3. Yahudi mengganti Ulama Sufi dan Ulama Tarikat dengan ulama khadam.
Golongan ulama ini Yahudi telah putarbelitkan, padahal mereka orang soleh walaupun bukan mujtahid dan mujaddid, mereka banyak ibadah, banyak kelebihan dan berlaku khawariqul ‘adah (mencarik adat), keramat-keramat pada mereka. Di waktu tak adanya mujadid dan mujtahid, masyarakat hormat pada ulama tarikat walaupun mereka hanya bawa ibadah sahaja, setidaknya mampu menjaga bara api Islam supaya tidak padam. Yahudi dorong dengan dibesar-besarkan khawarikul ‘adah, keramat-keramat lahir yang ada pada mereka.
Akhirnya umat islam yang jahil terpesona dengan khawariqul ‘adah. Apa yang mereka amal hanya kerana terpesona dengan khawariqul ‘adah. Kemudian datang pula ulama kemudian yang hendakkan pengaruh. Tetapi oleh kerana tidak setaraf dengan ulama sufi dan tarikat ini, mereka yang datang kemudian tadi apa yang mereka buat? Oleh kerana tidak ada anugerah Tuhan atas dasar taqwa seperti ulama sebelum itu, diusahakan ilmu khadam seperti boleh berjalan atas air, dan timbul perkara-perkara pelik yang lain. Yang tadi anugerah Tuhan kerana taqwanya. Masyarakat yang jahil ini mudah terpengaruh melihat ulama-ulama ini. Orang jahil giat beribadah tetapi dengan tujuan untuk dapat ilmu khadam. Teruklah begini. Wali yang diusahakan, sebenarnya itu bukan wali. Itu adalah orang yang dapat berkat. Yang wali itu ialah mereka yang sebelumnya, iaitu ulama sufi dan tarikat. Sebab itu ulama dahulu ramai yang mempunyai ilmu ini. Boleh berjalan diatas air, kebal, tak dinampak oleh orang. Mereka yang tidak faham menganggap tok guru tersebut adalah wali.
Berjaya Yahudi putar belitkan umat Islam. Sebab yang lahirnya sama. Yang satu kerana taqwa, yang satu lagi ilmu khadam. Jadi, nampaknya ramai orang beribadah kerana itu. Menipu diri sendiri. Ibadah banyak tetapi menipu diri sendiri. Yang mana cara itu tidak direstui oleh Tuhan. Sebab itu tidak hairan diwaktu Indonesia berperang dengan penjajah ada ulama yang boleh berjalan atas air, bila tentera baling bom mereka sambut dan jadi roti. Berjaya Yahudi menipu umat Islam. Digunakan ulama yang baik tadi kepada yang negatif iaitu ulama generasi kemudian terutama ulama pondok pesantren. Sebab itu masa perang, ramai orang melayu kebal, ramai tok guru ‘instant’ yang kebal.
4. Yahudi melahirkan Ulama Liberal
Yahudi gunakan ulama liberal untuk cadangkan kemajuan orang Islam. Mereka katakan orang Islam mundur sebab tiada kemajuan. Di antara tokoh-tokohnya, Muhammad Abduh, Rasyid Redha, Jamaludian Afghan, ini tokoh ulama liberal. Sebab itu Muhammad Abduh kalau dia hendak dapatkan ilham, dia jumpa ulama di barat. Jadi lahirlah ulama yang fikir hendak membangun tanpa fikir halal haram lagi, lupakan ibadah, dicadangkan maju sebab Islam suruh maju. Yang ini Yahudi sangat berjaya, sehingga kini dicadangkan lagi kemajuan-kemajuan atas nama Islam. Ulama-ulama ciptaan yahudi ini sebagian besarnya memang belajar dari yahudi di barat. Gelaran-gelaran keilmuan mereka diperolehi di barat. Mereka dimabukkan oleh yahudi dengan pujian, gelaran, award, hadiah, uang, pengaruh, glamor dan segala mata benda duniawi. Dengan sesuka hati mereka mengeluarkan hukum, fatwa, pendapat mengikut kehendak yahudi tanpa mengira halal dan haram. Lahirlah ulama liberal seperti Gus Dur yang membenarkan semua agama. Musdah Mulia, tokoh lepasan IAIN yang menghalalkan bahkan mempromosikan lesbian dan homoseks. Dan ramai lagi ulama liberal yang menghalalkan perkawinan campur antar agama.
5. Yahudi membesarkan Ulama Falsafah
Ulama dari ahli-ahli sains barat, ahli-ahli falsafah barat, dia hanya fikir ilmu sahaja. Lahirnya Ibnu Sina, Al-Farabi, ahli sufi dan falsafah. Mereka sangat dibesar-besarkan oleh yahudi, ditonjolkan riwayat hidup mereka sedangkan dikalangan ulama itu ada yang minum arak, ini pun berjaya diketengahkan oleh yahudi sehingga terpengaruh umat Islam, yang mana umat Islam begitu didorong untuk ambil tahu tentang sains teknologi kerana nak maju.
Akhirnya ulama yang benar-benar jadi contoh tenggelam terus. Bahkan kalau timbul seorang ulama di satu zaman, masyarakat Islam memusuhi terutama pemerintah akan musuhi. Dianggap sesat, jumud, anti kemajuan dan lain-lain. Begitulah berjayanya Yahudi menggunakan lima golongan ulama ditonjolkan mengikut apa yang dia nak, kadang-kadang dibentuk negatif, kadang-kadang positif, nampak positif tapi negatif. Atau tutup terus ulama mujaddid. Jadi kesemua lima golongan ini sudah berjaya diputar belitkan Yahudi hingalah umat Islam hari ini hendak kita pulihkan, sembuhkan kena berhadapan dengan sesetengah ulama.
Ulama jumud kata, “Kita tidak pentingkan ibadah”. Bagi mereka apa yang dipentingkan adalah khawariqul ‘adah, sedangkan bukan begitu yang dikehendaki Islam. Begitu juga dia berjaya tonjolkan ulama moden seperti Muhammad Abduh, berjaya tonjolkan ulama yang hendak ilmu sahaja, seperti Ibnu Sina. Itulah cara yahudi gunakan ulama untuk pecah belahkan umat Islam. Sekarang adalah kemuncak kejayaan yahudi, kita sedang berjuang, diwaktu ini mereka sangat berjaya menipu daya ulama, sebab itu waktu kita berjuang, sebelum berhadapan dengan yahudi, terpaksa berhadapan dengan ulama-ulama yang diputar-belitkan itu. Kalaulah kita faham hakikat ini, betapa susahnya hendak berjuang, kita mesti mempunyai banyak ilmu, fahami sejarah, faham akan putar belit yahudi.
Hasil penelitian dan pemerhatian bagi kita yang telah menjelajah dunia kususnya ke negara-negara umat Islam, kita akan dapati putar belit yahudi begitu halus sekali.Ada tiga suasana yang boleh kita saksikan. Contohnya di Sepanyol, bagi sesiapa yang pernah berkunjung kesana antara perkara yang penting untuk dilihat ialah kesan sejarah tinggalan Islam dinegara tersebut. Apa yang menjadi tanda tanya kita, mengapa banyak patung-patung orang berserban, entah apa pula strategi mereka. Menggambarkan satu ketika dahulu kebanyakkan orang disana berserban. Patung-patung tersebut hanyalah bertujuan hendak bagi malu terhadap Islam. Disini satu ketika dulu Islam, sekarang sudah tiada. Seolah-olah bila pelancung datang, hendak dimaklumkan bahawa negara itu daripada Islam, sudah menjadi kafir semula. Kalau di Arab Saudi, lain pula strategi yang digunakan. Kesan tinggalan sejarah Islam ditutup-tutup. Terutamanya yang ada kaitan dengan Rasulullah dan para sahabat, sangat ditakut-takutkan dengan bid`ah, khurafat dan syirik. Akibatnya, ulama tidak sedar telah dipermainkan oleh musuh yang meniti melalui ajaran wahabi.
No comments:
Post a Comment