Pages

Monday, January 10, 2011

Tentera Israel tembak mati pemuda Palestin




Penduduk Palestin mengangkat mayat Khaldun Samudi untuk dikebumikan di perkampungan Yamun utara Tebing Barat, kelmarin. - AFP


NABLUS 9 Jan. - Tentera Israel menembak mati seorang pemuda Palestin semalam semasa dia berlari ke arah satu sekatan jalan di Tebing Barat sambil melaungkan takbir.
Sementara itu, satu tembakan mortar yang dilepaskan dari Genting Gaza mencederakan dua pekerja warga Thailand di selatan Israel.
Saksi Palestin berkata, pemuda berkenaan, Khaldun Samudi, 23, terkena beberapa tembakan ketika dia berlari ke arah sekatan jalan yang didirikan oleh askar Israel di timur Nablus, sambil melaungkan 'Allahuakbar'.
Samudi ialah anggota pertubuhan pejuang Palestin, Jihad Islam di bandar Jenin, utara Tebing Barat dan dia merupakan rakyat Palestin keempat yang dibunuh oleh tentera Israel di wilayah Palestin dalam tempoh seminggu.
Tentera Israel mendakwa askar menembak mati Samudi semasa dia berlari ke arah sekatan jalan dengan 'membawa dua bahan letupan dan sebilah pisau'.
Pemuda Palestin itu berlari ke arah sekatan jalan selepas turun dari sebuah teksi, kata seorang jurucakap tentera.
Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Presiden Mahmoud Abbas berkata, insiden tembakan semalam dan insiden lain seumpamanya 'berpunca secara langsung daripada tindakan Israel menduduki wilayah Palestin secara kekerasan'.
"Tidak ada nilai Israel menyuarakan perasaan kesal sedangkan sikap tidak mengendahkan nyawa penduduk Palestin sudah menjadi perkara biasa," kata PA dalam satu kenyataan.
Pada 2 Januari lalu, seorang lelaki Palestin ditembak mati di sekatan jalan yang sama. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: