Pages

Sunday, January 2, 2011

Ahmadinejad kena tampar: WikiLeaks

pix_gal0
TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad (gambar) ditampar ketua Pengawal Revolusi negara itu, Jeneral Mohammad-Ali Jafari, dakwa laman web pembocor maklumat, WikiLeaks yang dinafikan pihak berkuasa di sini.

Menurut laporan yang memetik kabel diplomatik Amerika yang dibocorkan, Jeneral Mohammad-Ali menampar Ahmadinejad pada awal 2010, ketika Tehran dilanda pergolakan berikutan bantahan terhadap keputusan pilihan raya.Tetapi, jurucakap Pengawal Revolusi, Ramezan Sharif memberitahu agensi berita Fars ‘mereka yang berada di belakang WikiLeaks menggunakan ‘orang dalam’ untuk membuat cerita palsu.
“Sesetengah pendedahan yang dibuat WikiLeaks mungkin benar, tetapi tidak kurang juga maklumat yang sengaja diada-adakan,” katanya.

Tahun lalu, Ahmadinejad menyifatkan dokumen WikiLeaks sebagai tidak berguna. Beliau berkata laman itu mempunyai matlamat politik dan tidak akan memberi kesan terhadap hubungan Iran dengan negara lain.

Iran dilaporkan amat kecewa dengan dokumen WikiLeaks yang menyatakan bahawa Arab Saudi dan Bahrain menggesa Amerika menghentikan program nuklear Tehran dengan apa cara sekalipun termasuk serangan tentera. – Agensi 

No comments: