Serangan pemikiran ke atas dunia Islam ialah suatu realiti. Ianya berlaku dari dari dulu, hingga kini dan akan berterusan di masa akan datang. Pihak musuh dari timur dan barat, dengan secara sulit dan terbuka, samada kerajaan atau individu-individu dan kelompok-kelompok bersatu menyerang kita dari dalam selepas ketara kecundang dengan pertarungan secara bersemuka. Serangan dari dalam, tidak akan menggugah kestabilan dunia, tidak akan menumpahkan darah dan tidak merencat aktiviti-aktiviti dan kegiatan harian.
Tetapi sedarlah bahawa kewujudan kita umat Islam tidak terjamin dengan ramainya keturunan zuriat kita, malah berkait rapat dengan keupayaan kita menangkis serangan pemikiran yang ganas tersebut.
1. Kita diserang kerana kemuliaan agama pegangan kita
Tujuan kuasa besar untuk menghapuskan kita adalah kerana agama pegangan kita adalah mulia. Siapakah yang pernah menyerang agama-agama seperti Budha, Confucius, Yahudi atau Kristian ?
2. Kelompok utama penyerang
Tiga kumpulan jahat masakini, penjajah, zionis dan komunis adalah kelompok paling aktif yang sedang melancarkan serangan ini. Rangkaian serangan pemikiran ini dipelopori oleh pakar-pakar dalam bidang psikologi, sosiologi, antropologi, bahasa, mitos, politik dan pakar ekonomi. Untuk menghadapi serangan ini kita memerlukan kepakaran yang setanding atau lebih kerana peperangan ini lebih rumit dan licik daripada peperangan fizikal.
3. Serangan dari pelbagai sudut dan bentuk
Serangan ini meliputi serangan ke atas akal, agama, dunia, akhirat, di atas dan di bawah bumi. Ianya merangkumi aspek ekonomi, geografi, politik, undang-undang, kesenian, bahasa, adat resam dan seluruh aspek kehidupan kita.
Serangan-serangan ini bertujuan untuk mencorakkan masa depan kita sesuai dengan acuan mereka.
Ianya datang dengan berbagai rupa: dari luar, dari dalam; secara langsung, secara tersembunyi; orang agama, orang politik; paderi, doktor; serangan terhadap agama, menubuhkan mazhab baru;menjatuhkan individu, menaikkan individu lain; rasuah, pemberian hadiah; ancaman kelaparan, ancaman senjata; menjalinkan hubungan, memutuskan hubungan; menyemai fitnah, menghapuskan fitnah; bersekongkol dengan minoriti, membawa masuk minoriti; menyusup dalam kelab dan pertubuhan, menubuhkan kelab dan persatuan baru; menjatuhkan kerajaan, menaikkan rejim baru; dan seribu satu kaedah yang tidak terhad senarainya.
Untuk menghadapi serangan ini, kita seharusnya menyediakan pertahanan setimpal.
4. Gelombang serangan adalah berterusan
Serangan ini berterusan dari masa lalu, masa kini dan di masa hadapan. Oleh itu kita perlu membersihkan sejarah dari noda-noda hitam yang sengaja dicipta, kita perlu mempertahankan keutuhan masa kini dan melindungi masa depan
5. Mereka tamak dengan kekayaan kita
Kekayaan semula jadi yang kita miliki dengan kedudukan geografi yang strategik, pasaran yang luas dan tenaga buruh yang murah begitu menggiurkan kelompok-kelompok penjahat penjajah, zionis dan komunis. Cara yang paling senang untuk menguasai kekayaan ini ialah dengan menghilangkan jatidiri kita. Berapa banyak kekayaan berupa minyak di sedut dari perut bumi kita bila mereka berjaya melunturkan semangat Islam kita.
(Adaptasi dari teks ‘Cara Menentang Serangan Pemikiran Terhadap Dunia Islam’ oleh Dr Hassan Muhammad Hassan )
No comments:
Post a Comment